Ripple Nekad Untuk Balas Serangan SEC

1,988

Ripple Labs tampil membuat kenyataan akan membalas tuduhan yang dilemparkan oleh Securities and Exchange Commission (SEC) pada minggu lepas.

“Orang ramai dan pihak media hanya mendengar cerita dari pihak SEC dan dalam beberapa minggu lagi pihak kami akan membuktikan tuduhan terhadap Ripple tidak berasas.”

Ripple juga memberitahu SEC menjadikan Ripple sebagai ‘kambing hitam’ untuk meruntuhkan industri matawang kripto di Amerika Syarikat (AS) sedangkan mereka telah menunggu bertahun-tahun untuk undang-undang kripto lebih jelas dan telus.

Sementara itu, timbul juga kebimbangan susulan daripada keputusan Coinbase menyekat XRP pada Januari akan menjadi titik tolak buat aset digital ketika Ripple mula diadili SEC yang dijangka bermula pada 22 Februari 2021.

Lambakan platform pertukaran kripto mula menggugurkan XRP sebagai aset dagangan demi mengelak daripada tempias perundangan.

Sementara itu, Ripple akan terus beroperasi dan menyokong keseluruhan produknya di luar AS memandangkan majoriti pelanggannya bukan dari negara tersebut.

Misalnya, United Kingdom (UK), Jepun, Switzerland dan Singapura yang memiliki ketelusan undang-undang bagi penggunaan XRP.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.20, susut sebanyak 9.29% dari nilai tertinggi 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat