Ripple Kecewa Dengan AS, Bakal ‘Bawa Diri’ Ke London!

437

Ripple, syarikat teknologi kewangan bernilai $ 10 bilion yang terkenal dengan matawang kripto XRP, sedang mempertimbangkan untuk memindahkan ibu pejabatnya ke luar negara kerana kecewa dengan peraturan AS.

Ketua pegawai eksekutif firma yang berpangkalan di San Francisco itu, Brad Garlinghouse, mendedahkan bahawa beliau telah berkunjung ke London pada bulan lalu serta menyatakan bahawa pengawas pasaran di UK Financial Conduct Authority tidak menganggap XRP sebagai sekuriti bahkan kawasan lain turut memberikan jaminan yang sama.

Menurutnya, XRP secara jelas boleh digunakan sebagai matawang. Oleh itu, jika mereka beroperasi di UK, tindakan tersebut bakal mendorong ke arah keuntungan.

Selain UK, beliau turut menyatakan beberapa lokasi lain sebagai lokasi baharu Ripple seperti Switzerland, Singapura, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu.

Tambahan daripada itu, AS didakwa tidak selaras dengan pasaran G20 lain dan mempersoalkan sebahagian daripada mereka yang memberikan cadangan tentang peraturan tersebut.

Sementara itu, Chris Larsen, pengasas bersama dan ketua eksekutif Ripple, yang pertama kali menyatakan hasrat syarikat itu untuk memindahkan ibu pejabat globalnya ke luar AS dalam sebuah wawancara pada awal bulan ini.

Untuk pengetahuan semua, Ripple telah terjebak dalam pertempuran undang-undang dengan beberapa pelabur matawang kripto yang mendakwa syarikat itu menjual sekuriti yang tidak berdaftar dan membuat pernyataan yang mengelirukan tentang XRP. Namun, syarikat tersebut membantah tuduhan itu.

Selain itu, pegawai di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS mengatakan bahawa matawang kripto seperti bitcoin dan ethereum bukanlah sekuriti yang harus dikawal selia dengan cara yang sama seperti saham dan bon. Akan tetapi, status XRP didakwa mengelirukan.

Di samping itu, label sekuriti yang dimaksudkan boleh membawa XRP di bawah peraturan baru yang ketat dan sangat mempengaruhi Ripple.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat