Ripple Labs Nak Beli Aset Celsius!

248

Syarikat pembayaran blockchain yang berpangkalan di San Francisco, Ripple Labs yang juga merupakan syarikat di sebalik mata wang kripto XRP ini telah berminat untuk menjadi pembeli aset Celsius Network.

Celsius Networks menawarkan akaun yang membenarkan pelanggan memperoleh faedah ke atas aset digital yang didepositkan, telah memfailkan muflis pada bulan lepas.

Hal ini berlaku selepas Celsius Network menghentikan pengeluaran serta pemindahan daripada akaun pengguna pada bulan Jun.

Akan tetapi, Ripple tetarik untuk mengetahui tentang Celsius dan asetnya, serta kepentingan yang akan dimiliki untuk perniagaannya. Ripple juga akan mencari M&A secara aktif untuk meningkatkan skala syarikat secara strategik.

Walau bagaimanapun, tiada ulasan rasmi lagi daripada mana-mana syarikat mengenai pembelian aset Ripple Celsius tersebut.

Semasa Celsius mengumumkan rancangan penstrukturannya semula, syarikat tersebut mendedahkan bahawa mereka mempunyai aset bernilai $4.3 bilion, liabiliti $5.5 bilion termasuklah token CEL $600 juta bernilai $170 juta.

Minat Ripple terhadap aset Celsius merupakan perkara positif yang boleh membawa kelegaan kewangan kepada pelabur runcit. Celsius juga telah menyatakan untuk mempertimbangkan penjualan aset serta peluang pelaburan pihak ketiga bagi memenuhi kewajipan kewangan.

Menurut Celsius, objektif keseluruhannya adalah memaksimumkan pulangan bagi pihak berkepentingan. Sementara itu, pemberi pinjaman mata wang kripto kini berada di bawa radar Jabatan Perlindungan Kewangan dan Inovasi A.S.

Jabatan tersebut menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Celsius, Alex Mashinsky telah membuat kesalahan penyataan dalam akaun faedah mata wang kripto yang dilihat meremehkan risiko deposit aset digital dengan Celsius.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat