Ripple Saman Youtube Kerana Gagal Bendung Penipuan Terhadap Pengguna

507

Sebuah syarikat terkenal dalam teknologi blockchain, Ripple bertindak menyaman Youtube Alphabet Inc apabila didapati syarikat itu gagal melindungi pengguna dari penipuan ‘giveaway’ matawang kripto.

Menurut laporan kes yang berlaku, suspek penipuan bertindak dengan menggunakan akaun media sosial palsu dan menyamar sebagai syarikat Ripple serta ketua pegawai eksekutif, Brad Garlinghouse untuk mengumpan penonton mengirimkan XRP, matawang kripto Ripple yang bernilai ribuan dolar.

Suspek turut berjanji untuk memulangkan semula wang tersebut berjumlah hingga 5 juta XRP (bernilai hampir $1 juta) tetapi mangsa yang terpedaya dengan program tersebut mengaku bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang pemulangan wang.

Dakwaan itu menimbulkan percanggahan bagi akta yang diperuntukkan iaitu Seksyen 230, Akta Komunikasi Kesopanan yang melindungi Google, Facebook dan syarikat rangkaian internet yang lain dari tanggungjawab terhadap bahan yang dimuat naik ke platform mereka.

Penggubal undang-undang Washington sedang mempertimbangkan semula ketegasan undang-undang tersebut yang mana akan membantu syarikat teknologi Amerika Syarikat berkembang sebagai tempat perlindungan bagi beberapa syarikat besar dunia untuk mengelakkan pelaburan yang melibatkan jenayah, ekstremis dan sebaran maklumat palsu.

Menurut Ripple, berjuta-juta pengguna Youtube menonton penipuan itu sekaligus menyebabkan sindiket tersebut berkembang luas tanpa pihak bertanggungjawab melihat keperluan untuk menghapuskan video-video tersebut.

Malah, Youtube menganugerahkan ‘verification badge’ kepada akaun palsu yang menggunakan gambar Garlinghouse sebagai gambar profil, menyakinkan lagi penonton bahawa akaun tersebut adalah sah.

Mahkamah Daerah A.S yang bertempat di Utara California menjelaskan kegagalan Youtube dalam menangani isu ini menyebabkan kerosakan reputasi Ripple dan Garlinghouse.

Wakil jurucakap Youtube, Alex Joseph mengatakan pihak mereka memandang serius terhadap kes tersebut dan akan mengambil tindakan dengan pantas terhadap pelanggaran polisi penggunaan laman mereka seperti penipuan dan peniruan identiti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat