Ripple-SEC: Apakah Jangkaan Untuk Kes Ini?

1,063

Perbicaraan antara Ripple dan Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) masih belum menunjukkan isyarat kata putus.

Pun begitu platform pelaburan persendirian, Linqto memberitahu bahawa saham Ripple telah terjual, membuktikan ada potensi untuk SEC kecundang ditewaskan Ripple.

Tidak cukup dengan dengan itu, Ripple juga menawarkan tanda optimis melalui pembelian semula saham yang pernah dikeluarkannya selepas berjaya mendapatkan dana bernilai $200 juta dalam pusingan Siri C oleh Tetragon, bersama-sama SBI Holdings dan Route 66 Ventures.

Pada masa yang sama, Ripple juga berjaya dapatkan ekuiti daripada Tetragon. Syarikat ini merupakan entiti yang pernah memfailkan saman berjumlah $175 juta terhadap Ripple selepas SEC berbuat demikian pada Disember 2020.

Jangkaan tindak balas SEC

Selepas tiga dokumen penting diteliti, peguam Ripple – John Deaton membentangkan 2 potensi tindakan daripada SEC:

  1. SEC akan menggesa pengesahan penjualan XRP oleh CEO Ripple, Brad Garlinghouse dan eksekutifnya, Chris Larsen.
  2. SEC ada peluang untuk membuat tuntutan terhadap Ripple berkaitan dengan kewujudan pasaran kedua XRP jika mereka gagal membuktikan dua CEO Ripple benar-benar menjual XRP di AS.

Setakat ini pergerakan XRP tidak menunjukkan isyarat yang mengujakan tetapi tidak mustahil untuk aset ini mencatatkan lonjakan jika berlaku peningkatan pembelian.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.84, meningkat 1.39% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat