Ripple & Syarikat Korea Selatan Ini Bersatu! Apa Motifnya?

303

“Pantas betul Ripple bertindak, mesti tak ada masa nak rehat kan.”

Susulan ingin mengembangkan kehadiran globalnya, Ripple Labs tanpa membuang masa telah memeterai perjanjian bersama syarikat Catalyza Research bagi meningkatkan pangkalan pengguna XRP Ledger (XRPL) di Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, kerjasama tersebut juga dapat membenarkan XRPL menembusi pasaran mata wang kripto Korea Selatan dan memperkasakan pembangun tempatan seterusnya menyerlahkan kehebatan Catalyze Research sebagai syarikat perunding Web3 serta blockchain terkemuka.

Malah, perkongsian antara Ripple dan Catalyze Research akan menaja pendidikan pembangunan XRPL disesuaikan bersama keperluan jurutera perisian Korea Selatan yang melibatkan komuniti pembangun tempatan melalui bengkel, pertemuan dan hackathon*.

*Acara atau pertandingan di mana peserta bekerjasama untuk mencipta penyelesaian inovatif menggunakan teknologi blockchain

Pasukan tersebut akan merangka strategi untuk membenarkan pelbagai kewangan decentralized (DeFi) dan dApp berasaskan non-fungible token (NFT) berjalan dengan lancar pada XRPL.

Menurut Markus Infanger, Naib Presiden (VP) RippleX Growth yang mengakui status Korea selatan sebagai hab teknologi blockchain telah berkata bahawa beliau tidak sabar menantikan perkembangan diharapkan daripada kerjasama.

Tambahnya lagi, visi bersama antara Ripple dan Catalyze Research adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan penggunaan termasuk menyediakan persekitaran yang dapat benarkan pembangun Korea Selatan memanfaatkan XRPL.

Ketua pegawai Eksekutif (CEO) Catalyze Research turut memberi kenyataan sama seperti Infanger apabila menyatakan bahawa kerjasama itu dapat mempercepatkan perkembangan XRPL di Korea Selatan dengan memupuk inovasi.

Setakat penulisan ini, harga XRP menjunam sebanyak 40% pada paras $0.71 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $37 bilion seterusnya merekodkan penurunan 10.32% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat