Ripple (XRP) Meroket Lebih 60%, Namun Pasaran Masih Mengambil Sikap Berhati-hati!

726

BTC pada awal minggu telah menampilkan prestasi kurang baik apabila telah jatuh ke paras dibawah dagangan $19K. Namun selepas pengumuman kenaikan kadar faedah oleh the Fed yang sesuai dengan jangkaan, pemain pasaran mula kembali toleransi dengan pasaran berisiko.

Pada hari ini, BTC sedikit bangkit dari paras dagangan $18K dengan didagangkan pada paras dagangan $19,050.Waima begitu, harus dimaklumi bahawa, pasaran kripto masih bearish berikutan keadaan makroekonomi yang tidak begitu membantu.

Disisi lain, kebanyakkan altcoin mula membuat kebangkitan pada hari ini. Paling ketara ialah mata wang kripto lain, XRP apabila melonjak lebih 60%. Dalam tempoh 24 jam yang lalu, XRP telah melonjak lebih daripada 20%.

Untuk Ethereum pula, masih kekal dengan prestasi menurun denga kejatuhan lebih 11% dalam 7 hari dan kejatuhan hampir 1% dalam tempoh 24 jam. Kejatuhan Ethereum bermula selepas acara ‘the merge’ berjaya dilaksanakan dengan pelabur mula mengambil keutungan. Ethereum setakat ini didagangkan pada $1,200.

Binance Coin, Cardano, Solana, Dogecoin, Polkadot, Shiba Inu, MATIC, dan Tron juga berada dalam zon mengukuh. XLM, CRO, ALGO, XCN dan CHZ masing-masing telah melonjak dengan peratusan dua digit. Jumlah pasaran kripto telah meningkat $20 bilion kepada hampir $950 bilion.

Pasaran akan memberi tumpuan pada data pekerjaan NFP yang dikeluarkan lagi 2 minggu. Pasaran percaya NFP akan jadi pemboleh ubah yang besar dalam menentukan arah tuju pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat