RippleX Rasmikan Pemberian Geran Pertama XRPL

1,889

RippleX telah mengumumkan fasa pertama gerannya bagi mempromosikan perkembangan XRP Ledger setakat ini.

Perkara itu diumumkan pada hari ini menerusi twit rasmi RippleX.

RippleX merupakan extension kepada Ripple, mewakili inisiatif rangkaian itu untuk membangunkan platform pembagunan terbuka untuk wang. RippleX juga menyokong teknologi tunjang yang menguasai penyelesaian Ripple untuk perniagaan.

Menurut laporan, lebih 100 pembangun telah memohon untuk program ini sebagai usaha mendapatkan dana.

Keputusan mendedahkan RippleX hanya memilih 25 penerima geran daripada 10 negara dan telah menganugerahkan mereka dana sekitar $2 juta.

Beberapa aspek yang dipertimbangkan oleh RippleX termasuklah pemilihan beberapa isu seperti:

  • Pembangunan non-fungible token(NFT).
  • Keperluan pembelajaran bagi interaksi bersama XRPL.
  • Penyelesaian pembayaran dan sekuriti.

Tiga daripadanya pula merupakan sebahagian daripada University Blockchain Research Initiative yang dibangunkan oleh Ripple.

Sementara itu, platform penstriman muzik Audiotarky, projek visualisasi 3D Ledger City, dan pelopor XRPL, Bithomb masing-masing telah menerima $200,000.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat