Rishi Sunak Jadi PM UK Baru, Apa Kesan Terhadap Carta GBP/USD?

200

Pelabur kekal waspada terhadap dagangan Pound Sterling pada awal minggu ini untuk memantau lebih lanjut perkembangan di UK selepas Rishi Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Liz Truss yang berundur diri selepas memegang jawatan tersebut selama sekitar 6 minggu.

Walaupun US dolar bergerak suram di pada Isnin semalam, Pound gagal memanfaatkan peluang untuk mengukuh apabila memaparkan pergerakan lemah sehingga ke penghujung sesi New York selepas turut ditekan oleh terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang merosot.

US dolar pula memulakan dagangan awal minggu dengan langkah kiri apabila beberapa faktor dilihat tidak menyebelahi raja mata wang itu.

Selepas campur tangan Jepun dalam pasaran pada penutup dagangan minggu lalu, data pertumbuhan ekonomi China yang diterbitkan meningkat semalam juga memberi kesan kepada penyusutan US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, corak penurunan yang suram dipaparkan sepanjang dagangan Isnin semalam, gagal untuk meneruskan lonjakan yang dipaparkan pada sesi akhir minggu lalu.

Harga telah susut dari paras 1.14000 dan berlegar di sekitar zon tumpuan 1.13000 semula sehingga dagangan bersambung di sesi Asia pagi ini (Selasa).

Namun, masih ada potensi untuk harga membuat kenaikan dengan pergerakan harga masih disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang membendung kejatuhan lebih rendah harga.

Sekiranya harga berjaya melantun lebih dari tinggi dari zon 1.13000, paras ketinggian pada awal minggu lalu sekitar 1.14400 dilihat sebagai sasaran awal untuk dicabar harga.

Berjaya melepasi paras tersebut, harga dilihat akan menguji pula zon rintangan pada 1.15000 sebelum kenaikan yang diteruskan bakal ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.16000.

Namun jika harga menjunam lebih rendah, paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.12000 dan 1.11000 bakal diteliti untuk reaksi menarik harga.

Perubahan trend bearish harga boleh mendorong kejatuhan lebih rendah sehingga ke zon 1.09000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat