Rishi Sunak Penyokong Tegar Kripto, Boleh Percaya Ke Ni?

194

Rishi Sunak kini mengambil jawatan Liz Truss sebagai Perdana Menteri baru United Kingdom (UK) susulan peletakan jawatannya disebabkan kritikan dahsyat diterima beliau berkaitan kegagalan menguruskan dasar fiskal.

Sunak dikatakan adalah penyokong industri kripto ekoran beliau pernah mengendalikan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan semasa berkhidmat sebagai Menteri Kewangan agar mampu memberi kelebihan kepada pengawal selia dometik mendalami pasaran kripto.

Oleh demikian, beliau bertindak mencipta peraturan tambahan bagi mengembangkan lagi aset digital tersebut dalam rangka kerja ekonomi dan undang-undang UK termasuk mendorong pelaburan lebih besar.

Malah, Sunak turut berhasrat untuk membangunkan negara itu menjadi sebuah hab kripto dengan membuat pengeluaran token UK, Royal Mint.

Rentetan itu, token tersebut berfungsi sebagai penciptaan non-fungible token (NFT) yang bakal memasuki pasaran sejurus selepas disiapkan menjelang musim panas ini.

Diperjelaskan bahawa penerimaan teknologi blockchain secara terbuka bagi mengubah pasaran kewangan oleh Sunak akan menjadikannya seorang pemimpin paling penting di dunia.

Sementara itu, beliau juga memberi sokongan padu kepada mata wang digital bank pusat (CBDC), Britcoin susulan ia dapat menawarkan pembayaran menggunakan kaedah baharu.

Disebabkan perkara berikut, beliau mengumumkan bahawa Perbendaharaan dan bank pusat akan mengkaji lebih mendalam tentang CBDC agar ia mmapu memberi kebaikan kepada wang fiat serta deposit bank.

Namun begitu, kebanyakan penyokong kripto libertarian membantah idea membuat tender undang-undang versi digital kerana bimbang berkaitan pengawasan kewangan yang dijalankan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat