Risk-Off! Data Eropah Yang Suram Buatkan Pasaran Ekuiti Junam

189

Pasaran ekuiti mengalami penyusutan rentetan daripada bacaan data indeks pengurusan pembelian (PMI) di zon Eropah yang suram membuatkan pelabur menimbang semula prospek pertumbuhan ekonomi.

Sentimen risk-off tersebut juga membuatkan mata wang pengukur utama mencengkam paras tertinggi sementara menolak sejumlah lain ke lembah terendah 20 tahun.

Tolok MSCI saham seluruh dunia susut 0.49%, namun masih di atas paras rendah 17 Jun manakala STOXX 600 pan-Eropah ditutup lemah 2.11%.

Indeks-indeks Wall Street mengalami kemerosotan sebelum mengembalikan sedikit keuntungan pada sesi penutupan dengan Dow Jones Industrial Average jatuh 129.44 mata (0.42%) pada 30,967.82, S&P 500 capai 6.06 mata (0.16%) pada 3,831.39 dan Nasdaq Composite tambah 194.39 mata (1.75%) pada 11,322.24.

Di sisi berbeza, hasil Perbendaharaan memanfaatkan sentimen lemah pasaran untuk nota 10 tahun naik 22/32 dalam harga kepada hasil 2.8236% sementara nota 2 tahun canak 1/32 dalam harga kepada hasil 2.8225%.

Kelebihan tersebut turut membantu safe-haven dolar mengukuh 1.31%, mencapai paras tertinggi sejak Disember 2002, sementara Euro susut 1.8% pada $1.0236 yang menandakan kejatuhan terbesar dalam tempoh 20 tahun.

Mata wang Yen pula melemah 0.15% berbanding greenback pada 135.91 dan Sterling didagangkan rendah 1.21% pada $1.1959.

Bagi komoditi, niaga hadapan menurun dengan berita mogok di Norway yang akan mengurangkan pengeluaran minyak dan gas sehingga menambah kebimbangan mengenai kekurangan tenaga Eropah.

Ia telah membuatkan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) turun 8.24% pada $99.50 dan minyak mentah Brent jatuh 9.45% pada $102.77.

Spot emas pula junam 2.4% pada $1,765.70 per auns manakala Bitcoin (BTC) naik 1.6% pada $20,626.50.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat