Risk-Off! EUR/USD Bakal Menjunam Lebih Rendah Lagi?

223

Sentimen pasaran yang berisiko telah membuatkan pelabur mula berwaspada dalam pasaran dan memberi kelebihan kepada mata wang US dolar untuk terus mengukuh.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan September yang diterbitkan pada Jumaat lalu dinilai positif dengan pertambahan pekerjaan yang baik berbanding jangkaan dan juga kadar pengangguran yang mencatatkan penurunan.

Ini telah meningkatkan keyakinan pelabur bahawa Federal Reserve (Fed) akan meneruskan langkah pengetatan dasar monetari mereka pada mesyuarat polisi yang akan datang.

Menambah kelebihan buat US dolar sebagai mata wang safe-haven apabila laporan kehangatan perang antara Rusia dan Ukraine kembali memuncak semula pada hujung minggu.

Selepas dilaporan serangan letupan di Crimea Bridge yang dipercayai sebagai tindakan oleh Ukraine, Rusia tidak berdiam diri untuk membalas dengan serangan peluru berpandu ke bandar-bandar utama di Ukraine yang mensasarkan sistem tenaga dan komunikasi.

Justeru, US dolar dijangka untuk terus memberikan tekanan terhadap kebanyakan mata wang utama yang lain pada pembukaan pasaran awal minggu.

Seperti yang diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Isnin semalam, harga menyambung penurunan lebih rendah di awal sesi sebelum pergerakan harga mula mendatar di sesi New York sekitar zon 0.97000.

Trend harga kekal bearish dengan harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut.

Dengan krisis tenaga yang masih berlarutan di Eropah berkemungkinan akan menambahkan lagi tekanan buat mata wang Euro menahan asakan pengukuhan US dolar.

Penganalisis melihat kecederungan harga untuk susut lebih rendah di bawah zon 0.97000 dengan sasaran untuk menuju ke zon support 0.95500.

Zon 0.95500 yang dicecah pada penghujung September lalu menjadi zon terendah harga untuk tempoh dagangan 20 tahun.

Namun, pelabur tetap perlu berjaga-jaga sekiranya harga kembali membuat lonjakan semula dari zon 0.97000.

Kenaikan harga yang melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend harga sebelum menuju ke rintangan 0.98000.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan harga berpotensi untuk mencapai semula paras 0.99000 atau kembali ke zon pariti 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat