Rizab Antarabangsa BNM Melonjak Kepada $104 Bilion

2,093

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak US$600 juta kepada US$104 bilion pada 15 Julai lalu berbanding dua minggu sebelumnya.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab adalah cukup untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali ganda daripada jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (US$95.7 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (US$1.1 bilion), emas (US$2.2 bilion) dan aset rizab lain (US$3.7 bilion).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat