Rizab Antarabangsa BNM Terus Melonjak

664

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) melonjak kepada AS$104.3 bilion sehingga 14 Ogos lalu, naik sedikit berbanding AS$104.2 bilion pada 30 Julai lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM hari ini, kedudukan rizab bank pusat tersebut adalah mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali ganda jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah simpanan mata wang asing sebanyak AS$95.6 bilion (menurun daripada AS$97.2 bilion pada dua minggu lalu), Dana Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.1 bilion) dan emas (AS$2.2 bilion).

Aset rizab yang lain bagaimanapun melonjak kepada AS$4.1 bilion daripada AS$2.4 bilion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat