Rizab Matawang Asing Disekat Negara Barat, Rusia Ambil Tindakan Undang-undang!

1,238

Rusia sedang bersedia mengambil tindakan undang-undang untuk menentang pembekuan ke atas rizab pertukaran asingnya bernilai $600 bilion yang dikenakan oleh negara-negara Barat, kata ketua bank pusat negara itu.

Terdahulu, Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Kesatuan Eropah (EU) telah membekukan rizab mata asing bank pusat Rusia yang dipegang dalam bidang kuasa mereka untuk menghukum tindakannya menyerang Ukraine.

Ini bukan sahaja dilihat memberi tamparan kepada sistem kewangan Rusia tetapi juga menjejaskan ekonomi global dengan lebih luas.

Menurut Elvira Nabiullina, pembekuan emas dan rizab pertukaran asing ini tidak pernah berlaku sebelum ini, jadi Rusia akan mengusahakan tuntutan undang-undang dan bersiap sedia untuk mengemukakannya.

Rusia telah membina lebih $600 bilion rizab mata wang asing yang dipegang dalam dolar, emas dan mata wang lain, dengan kira-kira separuh daripadanya dipercayai dibekukan oleh sekatan yang dikenakan ke atas bank pusatnya.

Sekatan yang dianggap paling keras dikenakan ke atas negara itu, telah menyukarkan bank pusat untuk campur tangan dalam pasaran mata wang bagi mempertahankan nilai rubel.

Nabiullina bagaimanapun tidak memberikan maklumat lebih lanjut mengenai bila atau di mana tindakan undang-undang itu boleh dibuat.

Sebelum ini juga Menteri Kewangan Rusia, Anton Siluanov telah memberi ancaman serupa bahawa Kremlin akan menyaman jika Barat cuba memaksanya untuk gagal membayar hutang kerajaannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat