RM19.1 Bilion Permohonan i-Citra Telah Diluluskan KWSP

305

Sebanyak 4.57 juta permohonan bagi kemudahan i-Citra telah diluluskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pengeluaran pada 4 Ogos dengan jumlah sebanyak RM19.1 bilion.

Menurut ketua pegawai KWSP, Nurhisham Hussein berkata dana persaraan itu telah menerima 4.62 juta permohonan dengan kadar kelulusan sebanyak 99% yang merangkumi 4.57 juta permohonan.

Sekitar 50,000 permohonan yang masih belum selesai manakala sebanyak 551 permohonan telah ditolak di atas beberapa faktor yang tidak menepati syarat kelulusan.

Jumlah permohonan adalah berjumlah RM19.3 bilion dan RM19.1 bilion telah dipersetujui manakala RM2.3 bilion telah dikeluarkan pada 4 Ogos.

Meneliti kepada data permohonan i-Citra, hampir 79% pemohon telah membuat permohonan di antara RM4,001 hingga RM5,000 dan sekitar 21% yang memohon untuk membuat pengeluaran sebanyak RM1,000 hingga RM4,000.

Kebanyakan pemohon meengemukakan alasan seperti pengurangan pendapatan, untuk membiayai perbelanjaan seharian atau bulanan, untuk menyelesaikan hutang tertunggak dan sebagainya.

Kemudahan pengeluaran i-Citra ini membolehkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000 melalui Akaun 2 dan Akaun 1 masing-masing yang akan diberikan dalam tempoh lima bulan dan tertakluk kepada kelayakan pemohon.

Sehingga kini, jumlah aliran keluar yang ditawarkan oleh KWSP melalui pelbagai bantuan yang direncana berkaitan Covid-19 telah menghasilkan aliran keluar sebanyak RM86.2 bilion pada 4 Ogos.

Ini merangkumi kepada pengurangan kadar caruman pekerja antara April 2020 dan Disember 2021 sebanyak RM6.2 bilion, i-Lestari (RM20.8 bilion), penangguhan e-CAP caruman majikan (RM200 juta), i-Sinar (RM56.7 bilion) dan i-Citra (RM2.3 bilion)

KWSP menjangkakan jumlah anggaran aliran keluar melalui program dijangka akan mencapai jumlah sebanyak RM117 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat