RM6.1 Bilion Diperuntukkan Oleh Kerajaan Bagi Inisiatif Geran Khas Prihatin

161

Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif yang antaranya adalah Geran Khas Prihatin (GKP).

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menerusi GKP 1.0, 2.0, 3.0, 4.0 dan GKP Tambahan, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM6.1 bilion bagi membantu PKS mikro termasuk penjaja, peniaga pasar malam dan sebagainya.

Bagi maklumat terkini, permohonan baharu GKP 4.0 yang diumum di bawah Pakej PEMULIH akan dibuka mulai 15 Julai sehingga 31 Julai 2021 bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP pada sebelum ini.

Berdasarkan kepada penilaian, PKS membentuk 98% daripada entiti perniagaan di Malaysia dan telah menyumbang hampir 40% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM15 bilion yang melibatkan bantuan kepada 330,000 majikan dan dapat mengekalkan lebih 2.7 juta pekerjaan sejak Mac 2020.

Lebih RM20 bilion telah diperuntukkan kepada peniaga PKS dalam membentuk pinjaman melalui skim pinjaman Bank Negara Malaysia PKS dan Skim Pembiayaan Mikrokredit kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berharap agar setiap bantuan langsung yang diberikan oleh kerajaan kepada PKS Mikro dapat meringankan beban mereka terutamanya bagi perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat