Robinhood Tewas! Hasil Kripto Turun 12% Suku Lalu!

166

Robinhood, platform dagangan saham dikatakan telah membuat penambahan mata wang kripto dalam portfolionya pada awal tahun 2022 yang mengakibatkan 1.2 juta individu berada dalam senarai menunggu bagi mendapatkan aset digital tersebut.

Namun begitu, sebaliknya berlaku apabila pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik dan menyebabkan pendapatan syarikat tersebut turut mengalami tempias.

Difahamkan bahawa pendapatan suku tahunan Robinhood masih mengekalkan momentum positif dengan peningkatan 14% dalam jumlah pendapatan bersih, yang menjadikan jumlah keseluruhannya $361 juta.

Malah didapati keuntungan terbesar adalah daripada urus niaga saham, opsyen dan kripto yang telah menghasilkan $208 juta sejak beberapa bulan lalu.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pelabur yang menyaksikan hasil daripada opsyen dan ekuiti telah meningkat 10% dan 7% pada $155 juta.

Namun begitu, kunci kira-kira Robinhood mengalami penyusutan 12% dalam kripto dan perkara ini menyebabkan syarikat tersebut hanya menjana $51 juta sepanjang suku lalu.

Rentetan itu, Robinhood dikatakan telah lama bersedia jika masalah seperti ini berlaku susulan mereka percaya bahawa kejatuhan tersebut berlaku disebabkan pasaran kripto yang masih berada dalam keadaan bearish.

Oleh demikian, syarikat tersebut menjangkakan bahawa para pelabur akan lebih tertarik untuk membuat pelaburan dalam Robinhood secara besar-besaran ekoran ia adalah untuk jangka masa panjang, tegas Ketua Pegawai Eksekutif Robinhood Vlad Tenev.

Tambahnya lagi, beliau akan menambah baik wallet Robinhood serta melancarkan program “Learn and Earn” agar para pelabur dalam mendalami lagi pengetahuan berkaitan aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat