Robot-Cafe Blockchain Hidang Kopi & Beri Tip Kripto Di Acara Token2049 Dubai!

197

“Wow lain macam dunia sekarang, perkembangann dah semakin pantas ye.”

Peaq, blockchain layer-1 bagi DePIN dan Machine RWA menyertai XMAQUINA serta ELOOP di acara Token2049 di Dubai untuk menawarkan demonstrasi langsung tokenizing robot value-generating yang menyajikan kopi dan ais krim taburan.

Demo robot-kafe tersebut memberikan peserta kopi dan hidangan lembut sambil membenarkannya memperoleh ganjaran kripto bagi setiap cawan yang dijual melalui mesin pool XMAWUIA yang guna ID Peaq untuk pengurusan identiti merentas rangkaiannya dan gabungkan Modular DePin Functions.

Menurut Mauricio Zolliker, co-founder dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XMAWUINA berkata sebab firma itu gunakan robot penyajian kopi berasaskan DePIN adalah untuk menunjukkan cara teknologi Web3 boleh bantu manusia dengan automosi.

Analisis McKinsey baru-baru ini mendapati teknologi itu berpotensi menghapuskan 375 juta pekerjaan menjelang tahun 2030 dan apabila artificial intelligence (AI) dimasukkan, tambahan 12 juta pekerjaan akan hilang dalam jangka masa sama.

Namun, pengguna boleh mengumpul dana ramai untuk sesuatu projek dan ekonomi mampu melihat pertumbuhan lebih luas melalui pemberian insentif kepada perniagaan baharu serta mewujudkan pekerjaan baharu.

Suka dimaklumkan projek itu sudah pun menyiasat banyak bahagian untuk kes penggunaan prospektif termasuk robot yang digunakan dalam logistik, pengedaran, pertanian, pembuatan, perkhidmatan, hospitaliti, pembinaan dan pemantauan alam sekitar.

Walaupun tiada penghentian automasi, cara paling saksama untuk bergerak ke hadapan dengan teknologi tersebut adalah dengan membiarkan semua orang mempunyai kepentingan di dalamnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat