Rugi $1 Bilion, Michael Saylor Letak Jawatan CEO MicroStrategy

401

Salah satu penyokong terbesar Bitcoin, Michael Saylor dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai CEO MicroStrategy. Syarikat melaporkan kerugian sebanyak $1 bilion melalui laporan lepas yang dinyatakan.

MicroStrategy telah mengumpul Bitcoin sejak daripada musim panas 2020 lagi dan mereka telah memegang 129,699 Bitcoin yang bernilai $1.988 bilion.

Saylor selepas ini bakal berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif di MicroStrategy. Beliau menyatakan akan memberi fokus terhadap pengumpulan mata wang kripto.

Setelah Saylor memegang jawatan sebagai pengerusi eksekutif di MicroStrategy, beliau dapat memberi tumpuan yang lebih kepada strategi pemerolehan dan inisiatif advokasi Bitcoin, sementara, Phong Le yang berkhidmat sebagai Presiden sejak Julai 2020, diberi kuasa untuk mengurus keseluruhan operasi korporat.

Selain itu, penyokong kripto menyokong strategi Bitcoin Saylor tetapi penganalisis Wall Street tidak melihat sebagai langkah yang kukuh untuk syarikat tersenarai awam tersebut. Hal ini telah menyebabkan saham MicroStrategy (NASDAQ:MSTR) mengalami tekanan yang teruk.

Saham MSTR dilihat memaparkan separa lantunan bersama harga pertukaran Bitcoin pada bulan lepas. Tetapi masih ada yang skeptikal terhadap isyarat pergerakan harga tersebut.

Menurut laporan Bloomberg, saham MicroStrategy sedang mengalami penurunan 51%, dan membawa nilai nosional kepada $1.35 bilion.

Kerugian tertinggi 4.37 juta saham yang dijual telah meningkat sebanyak 1.2 juta sejak 30 hari yang lepas.

Namun begitu, jika BTC berjaya pulih, harga saham MSTR juga dijangka dapat meningkat dengan lebih tinggi. Tetapi buat masa ini Bitcoin masih berada zon harga $23,000 dengan modal pasaran bernilai $436 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat