Rugi RM3.4 Bilion, Kerajaan Malaysia Salahkan Miners Kripto!

1,267

“Betul ke miners kripto je yang sebab kerugian bekalan elektrik, mana tahu ada kumpulan lain juga ke yang ambil kesempatan.”

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempersalahan miners mata wang kripto Bitcoin (BTC) sebagai punca negara kehilangan RM3.4 bilion bekalan elektrik antara tahun 2018 dan 2023.

Nasir mengakui aktiviti mining BTC semakin berleluasa susulan daripada miners yang beranggapan operasinya tidak dapat dikesan, tetapi firma pembekal tenaga sebenarnya boleh mengesan penggunaan tenaga yang luar biasa di mana-mana kawasan menggunakan kaedah berbeza.

Rentetan itu, kerajaan Malaysia rancang menghentikan kecurian elektrik oleh miners kripto sebagai sebahagian daripada matlamatnya bagi memudahkan pengeluaran tenaga hijau, boleh diperbaharui terutamanya mengurangkan jejak karbon negara.

Dilaporkan, kenyataan Nasri dilakukan pada awal Rabu semalam apabila Kementerian Malaysia bertindak melupuskan barang rampasan berkaitan kecurian elektrik dan peralatan elektrik tanpa sijil keselamatan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) di Balakong.

Pelupusan tersebut melibatkan sejumlah 2,022 barang rampasan termasuk mesin mining BTC, di mana keseluruhan barangan itu berjumlah RM2.2 juta yang bersamaan dengan $468,000.

Menurut Nasir lebih lanjut, barang-barang itu telah dipindahkan untuk dilupuskan oleh timbalan pendakwa raya mengikut Seksyen 406A dan 407 Kanun Acara Jenayah sejurus selepas melalui proses mahkamah dan kompaun.

Pada awal tahun ini, miners didapati mula memindahkan operasinya ke Ethiopia ekoran kos elektrik negara yang sangat rendah serta sikap menggalakkan terhadap kripto yang diterima pakai oleh kerajaan tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat