Rundingan Brexit Bukan Suatu Perkara Yang Mudah : Menteri Kewangan Jerman

42

Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Scheuble memberitahu akhbar Jerman bahawa Kesatuan Eropah harus menjalani proses rundingan yang sukar dengan Britaian setelah 40 tahun menjadi ahli EU.

Perdana Menteri Britain, Theresa May pada Rabu secara rasmi telah memberitahu Brussels tentang niat Britain bagi meninggalkan Kesatuan Eropah sekali gus mencetuskan rundingan terhadap syarat-syarat penceraian yang bakal berlangsung selama dua tahun.

Schaeuble berkata bahawa rundingan Brexit perlu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak. Bagaimanapun, rundingan ini dijangka akan menjadi lebih sukar kerana ia melibatkan banyak isu yang rumit dan dijangka akan berakhir 2 tahun lagi.

Menurut beliau lagi, Britain juga tidak dapat untuk mengekalkan akses semasa ke pasaran tunggal jika negara tersebut tidak dapat menerima peraturan yang berkaitan dengan blok.

Tindakan itu diambil bukan untuk mengukum Britain, namun Brexit telah memberi kesan bukan sahaja kepada Britain, malahan kesemua negara anggota Kesatuan Eropah yang lain.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengatakan bahawa semua anggota EU perlu bersedia sekiranya Briatin cuba untuk mengingkari mana-mana syarat disamping memberi amaran agar mereka perlu bersatu di dalam perbincangan dengan London.

Baca 2 Punca Utama Yang Menolak Emas Ke Tahap Paling Rendah Minggu Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat