Baca 2 Punca Utama Yang Menolak Emas Ke Tahap Paling Rendah Minggu Ini

70

Penguatan US Dollar dalam sesi ini langsung tidak memberi peluang kepada emas untuk mengukuhkan kedudukan. Namun begitu, logam kuning ini masih disokong oleh risiko politik, menjelang pertemuan yang di atur antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping, selain pilihan raya Perancis.

Emas bagi penghantaran April (gold futures) di Comex menjunam sebanyak 0.40 peratus kepada $1,240 satu troy ounce. Niaga copper futures pula menjunam kepada $2,668 sepound.

Terdahulu di Jepun, perbelanjaan isi rumah dilaporkan merosot kepada 3.8 peratus bagi bacaan tahunan. Namun menurut bacaan bulanan, nilai ini meningkat sebanyak 2.5 peratus, mengalahkan jangkaan sebanyak 0.4 peratus.

Dalam laporan berasingan, data CPI jatuh 0.2 peratus pada bulan Februari, manakala kadar pengangguran menurun kepada 2.8 peratus daripada 3.0 peratus.

Semalam, harga emas diniagakan rendah pada Khamis kerana peningkatan US Dollar ke tahap tertinggi dalam tempoh sembilan hari berbanding matawang utama yang lain.

Harga emas jatuh ke paras terendah, sekali gus menutup minggu ini dengan dagangan yang agak lemah disebabkan beberapa punca utama. Antaranya :

– Data semakan semula keluaran dalam negara kasar AS (KDNK) yang dicatat positif dengan pengembangan yang lebih cepat daripada jangkaan awal pasaran; dan
– Komen agresif daripada beberapa orang pegawai Fed terhadap prospek kenaikan kadar.

Namun begitu, ketidaktentuan ekonomi di Eropah menjelang tarikh pilihanraya Perancis bakal memberi manfaat kepada emas kerana ia merupakan asset yang dinilai berbanding US Dollar.

Pertemuan Presiden Xi Jinping dan Donald Trump di Florida Kini Jadi Tumpuan Dunia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat