Rundingan Brexit Di Fasa Terakhir! Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Apa Yang Sudah Berlaku!

378

Isu Brexit kini berada di ambang penghabisan dimana tarikh untuk mementerai perjanjian atau tidak hanya berbaki dalam kiraan hari dan kemudian dibahaskan dalam parlimen. Atas dasar itu adalah baik untuk meneliti kembali isu Brexit tentang apa yang sudah berlaku sehingga hari ini.

Pada 31 Januari yang lepas, UK secara rasmi telah keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Walaubagaimanapun, UK masih termaktub di bawah peraturan dan akta EU sehingga akhir tahun. 11 bulan tambahan dari bulan Januari adalah untuk memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk merancang dan merundingkan perjanjian pasca Brexit.

Kesepakatan seperti itu akan membentuk jaringan masa hadapan UK dengan negara-negara jirannya di Eropah. Antara perkara yang menjadi perhatian utama dalam rundingan adalah isu berkaitan perdagangan dan imigrasi. Secara asas rundingan perdagangan ini akan menentukan peraturan hubungan UK-EU bermula 1 Januari 2021.

Walaupun kesepakatan tercapai, kedua-dua belah pihak harus melalui perbahasan di parlimen untuk diluluskan. Rundingan setakat ini telah menunjukkan kemajuan namun beberapa perkara utama masih menemui kebuntuan. Antaranya dalam isu perairan dan peraturan perdagangan.

Hakikatnya tarikh akhir semakin hampir dan sebarang perjanjian mesti disahkan oleh Parlimen Eropah dan UK sebelum 31 Disember. Atas dasar itu, sebenarnya hanya berbaki beberapa hari untuk tuntaskannya sebelum masuk ke parlimen bagi dibahaskan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat