Rundingan NAFTA Lebih Hangat Dengan Kehadiran PM Kanada

102

Permintaan baru US dalam rundingan NAFTA bakal dipertikaikan hari ini berikutan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sekali lagi mengingatkan Presiden Trump tentang justifikasi beliau (Trump) terhadap perjanjian perdagangan tersebut

Trudeau akan bertemu Trump dan penggubal undang-undang US dalam isu Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA). Di samping itu, ratusan perunding, pegawai kerajaan dan pelobi daripada Kanada, Mexico dan Amerika akan turun ke sebuah hotel di Arlington, Virginia untuk rundingan kali keempat.

Kehadiran PM Kanada dalam rundingan semula perjanjian NAFTA kali ini disebabkan oleh rasa tidak setuju dengan usul yang dikeluarkan oleh Trump apabila beliau mengancam untuk tamatkan perjanjian yang telah berlangsung sejak 23 tahun dan Dewan Perniagaan US turut menuduh pentadbiran Trump cuba untuk merosakkan perbincangan dengan cadangan yang mengarut.

Menteri Luar Mexico, Luis Videgaray memberi amaran bahawa berakhirnya NAFTA menjadi titik permulaan kepada putusnya hubungan antara US-Mexico dan akan memberi kesan kepada kerjasama dua hala dalam kawasan bukan perdagangan.

Rundingan NAFTA mungkin akan ditangguhkan lagi dengan permintaan US yang agresif apabila mereka meletakkan lebih banyak syarat keperluan untuk industri automotif dan bahagian-bahagian auto.

Antara hal lain yang ditentang oleh Kanada, Mexico dan sebahagain peniaga US adalah perjanjian yang perlu diperbaharui setiap 5 tahun (5-year sunset provision), perubahan yang mendadak pada sistem timbang tara NAFTA, perubahan peruntukan harta intelek dan perlindungan baru terhadap pengeluaran pertanian US mengikut musim.

Dalam pertemuan bersama Trump, Trudeau dijangka akan mengingatkan presiden bahawa Kanada adalah pelanggan eksport terbesar US dengan perdagangan barangan dan perkhidmatan dua hala yang seimbang, dan jangan menjadi punca kepada kehilangan pekerjaan dalam sektor pembuatan US di bawah NAFTA.

Trudeau pada April lalu menggesa Trump agar tidak keluara daripada perjanjian NAFTA berikutan hal ini akan memberi kesan buruk kepada kedua-dua negara di kawasan sempadan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat