Rundingan Pasca-Brexit – UK Mahu Berkompromi Kembali Dengan EU?

286

Sehingga kini perjanjian Brexit masih belum capai kata putus yang menyakinkan berikutan kedua-dua belah pihak iaitu UK dan Kesatuan Eropah berkeras dengan permintaan masing-masing.

Sebelum ini, UK telah menyatakan bahawa Brexit tanpa sebarang ikatan perjanjian berkemungkinan akan menjadi salah satu pilihan yang sangat baik kerana perbincangan rundingan yang diadakan sering berakhir dengan jurang pandangan yang sangat besar antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Bukan itu sahaja pihak EU juga sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang meningkatkan konflik antara kedua-duanya . Pada awalnya, iaitu pada Julai yang lalu, rundingan bersemuka kedua-dua belah pihak dikatakan tidak dapat mencapai kesepakatan berikutan perselisihan pendapat yang ‘serius’.

Walabagaimanapun seiringnya waktu, kedua-dua belah telah menunjukkan kecenderungan untuk memecahkan kebuntuan antara mereka untuk mencapai kesepakatan. Pada hari ini, UK telah menyatakan bahawa pihak mereka akan bersetuju beberapa frasa dalam rundingan dengan EU dengan harapan kesepakatan dapat dicapai.

Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson menyatakan bahawa pihak UK mahu menyelesaikan masalah yang paling asas dahulu kerana waktu yang berbaki sudah tidak lama lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat