Rundingan Perdagangan AS-China Mendapat Pujian- China Masih Berhati-Hati!

228

Perunding perdagangan atasan Presiden A.S Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan pujian terhadap kesepakatan perjanjian perdagangan “fasa satu” AS-China, dimana perjanjian ini dijangka akan meningkatkan hampir 2 kali ganda jumlah eksport barangan A.S ke China dalam jangka waktu 2 tahun akan datang, manakala China masih tetap berhati-hati menjelang perjanjian tersebut ditandatangani.

Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer bercakap dalam program Face of Nation CBS berkata, terdapat beberapa pembetulan teks yang perlu dilakukan tetapi ia sudah selesai. Lanjut Lighthizer tarikh dan lokasi untuk pegawai kanan AS dan China menandatangani perjanjian berkenaan secara rasmi masih belum ditentukan.

Kesepakatan perjanjian tersebut diumumkan pada hari awal pagi hari Sabtu (waktu Malaysia) selepas dua setengah tahun rundingan di antara Washington dan Beijing, dimana beberapa tarif AS ke atas barang-barang China akan dikurangkan sebagai pertukaran China akan meningkatkan pembelian ke atas produk pertanian, pembuatan dan tenaga AS berjumlah $ 200 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang sebagai tambahan kepada jumlah yang dibelinya pada 2017.

China juga telah berjanji dalam perjanjian tersebut bahawa pihak mereka akan melindungi harta intelek A.S dengan lebih cermat, mengekang pemindahan teknologi Amerika ke negara China, menambah pasaran perkhidmatan kewangannya kepada firma-firma AS dan membendung daripada memanipulasi mata wangnya.

Pembelian barangan pertanian China dijangka meningkat daripada AS$ 40 bilion kepada $50 bilion setahun dalam tempoh dua tahun akan datang

Menurut timbalan menteri kewangan China, Liao Min, perbincangan bagi fasa seterusnya akan dimulakan bergantung pada perlaksanaan fasa satu.

Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer berkata beliau menjangkakan perjanjian tersebut akan ditandatangani pada awal Januari dan berkuat kuasa 30 hari kemudian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat