Rupanya 70% Rakyat Malaysia Perlukan Bantuan Kewangan

471

Hampir 70% rakyat Malaysia memerlukan bantuan literasi kewangan, menurut tinjauan terbaharu dijalankan oleh platform literasi kewangan iaitu Multiply.

Platform berkenaan dilancarkan oleh Creador Foundation baru-baru ini , bertujuan untuk mengatasi masalah jurang literasi kewangan.

Menurut Creador Foundation dalam satu kenyataannya hari ini, tinjauan itu disertai oleh 3,333 orang responden.

Daripada jumlah itu, kira-kira 21% dilabelkan sebagai ‘Finance Newbies’ iaitu mereka yang tidak mengetahui asas kewangan peribadi manakala 48% dikategori sebagai ‘Finance Cadets’ iaitu mereka yang baru sahaja memahami asas kewangan peribadi.

Selain itu, hanya 31% sahaja dianggap sebagai ‘Money Boss’ iaitu seseorang yang memahami dengan baik berkenaan konsep kewangan peribadi.

Berdasarkan tinjauan terbabit, anggaran perbelanjaan dan simpanan merupakan isu yang paling memerlukan bantuan.

Sebanyak 41% daripada responden menyatakan mereka tidak boleh menguruskan gaji bulanan dan sering kali bimbang untuk mempunyai wang yang mencukupi sehingga gaji mereka seterusnya.

Kira-kira 6% responden bergantung kepada kad kredit untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka manakala 48% lagi berkata tidak mempunyai simpanan kecemasan.

Tinjauan tersebut juga menunjukkan 32% responden lebih suka menyimpan wang lebihan dalam akaun simpanan berbanding melakukan pelaburan.

Jelas platform itu, tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar dari segi kewangan peribadi dan tidak mengejutkan sekiranya rakyat Malaysia begitu bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat