Rupanya USD Gagal Kekal Kukuh, Prestasi Muram Di Awal Minggu!

325

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan US dolar.

Raja mata wang itu yang dilihat gagal mengekalkan momentum pengukuhan di penutup minggu lalu sebaliknya telah paparkan penyusutan semalam.

Tambahan pula, data jualan rumah baru di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Februari catatkan angka bacaan yang lebih rendah berbanding ramalan.

Adakah ini menunjukkan pergerakan US dolar akan kembali semula ke landasannya seperti selepas mesyuarat FOMC yang dovish minggu lepas?

Pelabur akan berhati-hati menantikan data pertumbuhan ekonomi AS dan indeks harga PCE, namun tumpuan akan diberikan terlebih dahulu kepada data tinjauan keyakinan pengguna AS di sesi New York malam ini.

Indeks dolar (DXY) sedikit susut dari paras ketinggian 105.00 mata yang dicapai sebelum ini manakala hasil perbendaharaan 10-tahun AS menurun ke paras sekitar 4.20%.

Sementara itu, tumpuan di awal minggu ini turut terarah kepada amaran oleh campur tangan (intervention) kerajaan Jepun dalam pasaran mata wang untuk menstabilkan nilai Yen.

Yen kini berada di zon kritikal, didagangkan sekitar paras terendah 3 dekad berbanding US dolar dengan paras 151.900 yang dicapai pada Oktober 2022 lalu menjadi paras terlemah untuk tempoh 32 tahun.

Jika tidak dibendung, dengan potensi US dolar untuk mengukuh seperti penghujung minggu lalu boleh menekan Yen jatuh lebih rendah ke paras rekod yang baru.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah bagi kedua-dua penanda aras WTI dan Brent menunjukkan peningkatan pada awal minggu semalam, sedikit memulih daripada penurunan minggu lalu.

Sementara harga emas pula dilihat mendatar di antara julat paras $2,180 hingga $2,160 ketika pelabur kekal waspada menantikan petunjuk lebih jelas dalam pasaran yang boleh mempengaruhi prestasi logam kuning itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat