Rusia Dalam Bahaya! A.S Akhirnya Umum Sekatan Terbaru Mensasarkan Percukaian!

1,338

Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (A.S) IRS mengambil keputusan untuk menggantung pertukaran maklumat dengan pihak berkuasa cukai Rusia sebagai rangka usaha untuk menghalang kutipan cukai Rusai dan mengurangkan dana yang tersedia untuk membiayai ketenteraan ke atas Ukraine.

Di bawah perjanjian cukai berusia 30 tahun,IRS dan Perkhidmatan Cukai Persekutuan Rusia telah bekerjasama untuk berkongsi maklumat untuk membantu kutipan cukai domestik dan penguatkuasaan undang-undang cukai di kedua-dua negara. Dengan kata lain, IRS boleh meminta maklumat tentang pembayar cukai A.S daripada pihak berkuasa Rusia dan begitu juga sebaliknya.

Walaubagaimanapun dengan sekatan ini, IRS menyatakan bahawa mereka tidak lagi berkongsi sebarang maklumat cukai dengan pihak berkuasa Rusia berikutan tindakan Rusia yang melakukan pencerobohan ke atas Ukraine bermula pada 24 Februari.

Disisi lain, Suruhanjaya Eropah bersedia untuk mencadangkan sekatan baharu yang meluas ke atas Rusia pada hari Selasa, kata pegawai Eropah, termasuk larangan import arang batu Rusia, mengurangkan akses jalan raya Rusia dan pengangkutan barangan ke Eropah. Eropah memilih untuk menyasarkan golongan oligarki dan menyekat beberapa eksport jentera.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat