Rusia Hantar ‘Beruang’ Untuk Curi Vaksin?

681

Nampaknya tidak senang duduk beberapa organisasi yang terlibat dengan penciptaan vaksin koronavirus apabila menerima amaran potensi digodam oleh penggodam Rusia.

Organisasi yang menjadi sasaran ialah dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, yang terlibat dengan penciptaan vaksin koronavirus.

Amaran tersebut dikatakan dikeluarkan oleh National Cyber Security Centre (NCSC) United Kingdom, Canadian Communication Security Establishment (CSE), United States Department for Homeland Security (DHS) Cyber-security Infrastructure Security Agency (CISA) dan United States National Security Agency (NSA).

Dilaporkan pihak penggodam tidak mendedahkan sasaran organisasi yang lebih spesifik dan tiada maklumat dilaporkan dicuri sehingga kini.

Walaupun dakwaan tersebut disangkal oleh negara itu, pakar tidak menolak kebarangkalian pencerobohan oleh penggodam Rusia.

Kumpulan penggodam itu – Cozy Bear, yang turut terlibat dalam jenayah siber sebelum ini, dikatakan meninggalkan kesan yang berkait rapat dengan pihak Rusia.

Kali ini agensi keselamatan Barat secara langsung menunding jari kepada pengintip Rusia berbanding sebelum ini, mereka lebih selesa memberi amaran atau ‘tembak’ secara rambang dengan harapan dapat menghentikan jenayah tersebut.

Melalui lambakan isu keselamatan siber ketika pandemik membuktikan kajian vaksin koronavirus menjadi rebutan baik ejen perisik atau pengintip negara Barat seluruh dunia, kerana jaminan yang lumayan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat