Rusia Mula Dihukum, Negara Barat Jatuhkan Sekatan Ekonomi

1,570

Amerika Syarikat dan sekutunya mula bertindak menghukum Rusia dengan sekatan baharu selepas ia mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine dan mengerahkan tenteranya ke kawasan tersebut pada awal minggu.

AS, Kesatuan Eropah (EU), Britain, Australia, Kanada dan Jepun telah mengumumkan rancangan yang menyasarkan bank dan gologan elit manakala Jerman pula menghentikan projek saluran paip gas utama dari Rusia.

Presiden Joe Biden menyifatkan tindakan Moscow baru-baru ini sebagai pencerobohan ke atas Ukraine dan beliau mengumumkan sekatan menyeluruh ke atas bank utama Rusia VEB dan bank tenteranya yang akan melarang institusi kewangan Amerika daripada membuat transaksi dengan mereka.

Tindakan ini secara berkesan akan menyekat bank-bank tersebut daripada urus niaga yang melibatkan US dolar, mata wang rizab global.

Selain itu, Biden juga mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan melaksanakan sekatan menyeluruh ke atas hutang negara Rusia serta menyenarai hitamkan tiga individu dari negara itu.

Rusia terus menafikan dakwaan negara Barat bahawa ia akan menyerang Ukraine meskipun Washington mendakwa Presiden Vladimir Putin telah mengerahkan lebih 150,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine.

Imej satelit dalam tempoh 24 jam lalu turut menunjukkan beberapa penempatan tentera dan peralatan baharu di barat Rusia dan lebih 100 kenderaan di lapangan terbang kecil selatan Belarus yang bersempadan dengan Ukraine, menurut firma AS Maxar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat