Rusia Tampil Untuk Dominasi Pasaran Vaksin Di Peringkat Antarabangsa!

484

Rusia tampil menjadi tajuk utama dalam laporan Vaksin selepas UK dan A.S mengungguli dalam isu vaksin beberapa minggu ini. Rusia pada hari ini mengumumkan bahawa pihak mereka akan mengeluarkan vaksin yang jauh lebih murah berbanding pesaing mereka dan akan menghasilkan 1 bilion dos pada tahun hadapan.

Menurut Dana mahsul Rusia (sovereign wealth fund, RDIF) pada hari Selasa, mengatakan bahawa harga satu dos vaksin Sputnik V untuk pasaran antarabangsa akan kurang dari $10.

Tambah RDIF, harga Sputnik V akan menjadi dua kali ganda atau berkali-kali lebih murah daripada vaksin pesaing-pesaing lain. Vaksin yang dikeluarkan Rusia dipercayai memiliki kadar keberkesanan yang hampir sama berdasarkan teknologi mRNA. Walaubagaimanapun untuk rakyat Rusia, vaksinasi dengan Sputnik V adalah percuma.

Sebahagaian pemerhati berpendapat bahawa pernyataan itu seolah merujuk kepada perbandingan dengan vaksin keluaran Pfizer dan BioNtech, dan Moderna yang dibuat menggunakan teknologi RNA atau mRNA. Kedua-duanya telah melaporkan bahawa vaksin mereka memiliki tahap keberkesanan melebihi 90% dalam mencegah pandemik Covid-19.

Sebelum ini, harga Pfizer dan BioNTech dilaporkan akan mencapai sekitar $ 20 setiap dos, sementara CEO Moderna mengatakan dua hari yang lalu bahawa vaksinnya akan berharga antara $ 25- $ 37 setiap dos bergantung kepada jumlah yang dipesan. Masing-masing memerlukan dua dos.

Terkini tumpuan pasaran bukan lagi terikat dengan laporan keberkesanan vaksin namun lebih tertumpu kepada isu praktikaliti seperti kos, logistik dan pengedaran vaksin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat