Rusia Tidak Mahu Berperang, Vladimir Putin Suarakan Ada Perkara Perlu Dilakukan!

3,485

Vladimir Putin dalam sidang media terkini menyatakan bahawa beliau dan Rusia “sudah tentu” tidak mahu peperangan di Eropah namun ia mestilah hadir dengan adanya proposal yang menyeluruh mengenai keselamatan Kremlin.

Apabila ditanya tentang prospek perang, Putin memberitahu wartawan; “Adakah kita mahu ini atau tidak? Sudah tentu, tidak. Itulah sebabnya kita mengemukakan cadangan perlunya untuk proses rundingan.”

Kenyataannya dibuat ketika tentera Rusia mengumumkan beberapa pasukan tentera di daerah ketenteraan Russia bersebelahan dengan Ukraine sedang kembali ke pangkalan mereka selepas menyelesaikan latihan. Ini dilihat sebagai satu langkah yang boleh mengurangkan ketegangan antara Moscow dan negara Barat.

Russia sebelum ini mengumpulkan lebih 100,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine dan mencetuskan kebimbangan pencerobohan.

Boris Johnson berkata terdapat tanda-tanda “pembukaan hubungan diplomatik” untuk menyelesaikan krisis Ukraine, namun terdapat “isyarat bercampur-campur” dari Rusia. Tambah beliau, hasil perisikan yang didapati masih belum sepenuhnya menggalakkan dengan ditambah hospital lapangan Rusia dibina berhampiran sempadan Belarus dengan Ukraine.

Perkara ini juga boleh ditafsirkan sebagai persediaan bibit untuk berlakunya pencerobohan, kata Johson. Banyak pihak yang berharap bahawa penyelesaian isu hubungan antara kedua-dua negara adalah melalui perbincangan antara satu sama lain.

Pasran telah memberi reaksi terhadap isu geopolitik ini dengan harga minyak telah menokok ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun dan pengukuhan harga emas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat