Saham AirAsia Turun Selepas Diklasifikasi Sebagai PN17

1,548

Alamak turun banyak ni.

Saham AirAsia Group Bhd menyaksikan penyusutan 55 sen selepas Bursa Malaysia menolak rayuannya daripada diklasifikasikan sebagai syarikat Practice Note 17 (PN17).

Kaunter tersebut dibuka rendah 7 sen pada 67.5 sen yang menyaksikan penurunan sebanyak 19.5 sen atau 26.17% ke paras 55 sen.

Dalam pemfailan Bursa, AirAsia menyaksikan jualan di bawah peniaga harian propritari (PDT) dan jualan pendek seharian (IDSS) bagi sahamnya telah digantung sepanjang hari berikutan harga terakhir dilakukan bagi sekuriti yang diluluskan turun lebih banyak daripada 15 sen daripada harga rujukan.

Dalam pada itu, AirAsia telah memohon kepada Bursa Malaysia Securities bagi melanjutkan tempoh pelepasan melebihi 7 Januari namun firma tersebut menolaknya.

Menurut kenyataan Bursa, selepas pertimbangkan sewajarnya segala fakta dan representasi bertulis serta dokumen yang dikemukakan oleh AirAsia, firma tersebut memutuskan untuk menolak rayuan tersebut.

Sebagai rekod, AsiaAsia telah mencetus penggantungan PN17 pada Julai 2020 ekoran juruaudit luarnya, Ernst & Young PLT mengemukakan pendapat audit tidak wajar dengan ketidakpastian penting berkaitan usaha berterusan berhubung penyata kewangan terauditnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (FY19) dan ekuiti pemegang sahamnya pada asas disatukan 50% atau kurang daripada modal sahamnya.

Selain itu, AirAsia turut mencetus kriteria ditetapkan menurut Perenggan 8.04 dan Perenggan 2.1(a) PN17, Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa yang menyaksikan ekuiti pemegang saham AirAsia pada asas disatukan 25% atau kurang daripada modal sahamnya dan ekuiti pemegang saham tersebut kurang daripada RM40 juta berdasarkan penyata kewangan teraudit FY20.

Oleh kerana itu, AirAsia tidak diklasifikasikan sebagai PN17 bagi tempoh 18 bulan dari tarikh pengumuman pelepasan pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat