Saham Apple VS Saham Tesla, Mana Jadi Pilihan Utama Wall Street?

278

‘Bolehlah tambah pilihan kepada pelabur ekuiti lepas ni.’

Tatkala ini pasaran ekuiti terus diserang ‘beruang’ dengan sentimen keseluruhan kekal negatif ekoran kenaikan kadar faedah.

Namun, saham Apple terus menjadi pilihan para penganalisis pasaran dengan syarikat tersebut merupakan antara gergasi teknologi yang kurang mengalami kejatuhan prestasi pada tahun ini.

Sungguhpun begitu syarikat kereta elektrik (EV) milik Elon Musk, Tesla Inc muncul sebagai pesaing baru apabila sahamnya pamerkan prestasi berdaya tahan di sebalik situasi makroekonomi yang menjejaskan pasaran ekuiti.

Sebagai perbandingan prestasi keseluruhan gergasi teknologi FAANG* merudum dengan Apple jatuh 15% sementara Microsoft Corp, Alphabet Inc dan Amazon.com Inc merosot 29% tatkala Tesla hanya susut 22%.

*Facebook, Amazon, Apple, Netflix dan Google.

Menurut ketua strategi pasaran, Wiley Angell, faktor yang membuatkan Apple dan Tesla berdaya tahan adalah kerana mereka memanfaatkan aliran dana yang menjejaki indeks utama dan tidak terikat dengan kitaran perniagaan.

Jelasnya bahawa mereka tidak perlu risau dengan kemelesetan mahupun dipengaruhi pergerakan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Selain itu, faktor di mana Tesla masih dalam ruang perkembangan dan Apple yang terus menerima sejumlah besar hasil dari langgangan telah membawa prestasi mereka berdaya tahan dalam pasaran.

Suka dimaklumkan walaupun Apple dan Tesla kini merupakan syarikat dengan modal pasaran terbesar, masing-masing pada $2.4 trilion dan $862 bilion, kedua-duanya mengukur prestasi pada asas berbeza.

Tesla mempunyai pertumbuhan hasil kukuh namun kurang menghasilkan keuntungan sementara Apple bergantung kepada penjualan dengan pendapatan bersih mencapai $100 bilion pada tahun fiskal ini.

Dalam pada itu, satu tinjauan dari Vanda Research mendapati saham Tesla dan Apple terus menjadi pilihan popular dalam kalangan pedagang runcit serta pelabur kecil dalam tempoh 5 hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat