Saham Asia Bakal Tutup Tinggi, Dolar Meningkat Sebelum Ucapan Yellen Dan Draghi

78

Stok saham sesi Asia didagangkan seperti yang dijadualkan hari ini dan perhatian mula beralih daripada risiko ketidaktentuan politik di US kepada persidangan dua hari bank-bank pusat di Jackson Hole bermula semalam, sekaligus memberikan kekuatan kepada dolar.

Semalam, indeks Nasdaq dan DOW30 di Wall street tutup antara 0.1% ke bawah, manakala S&P 500 turun 0.2% berikutan hubungan antara Presiden Donald Trump dan ahli kongress semakin jauh.

Pada kenyataannya di Twitter, Trump menjelaskan Kongres sepatutnya boleh elak daripada menganggu dalam hal perundangan jika mereka menerima nasihat saya untuk meningkatkan jumlah yang boleh dipinjam oleh negara yang dikenali sebagai siling hutang (debt ceiling).

Hal ini disebut selepas kenyataan Trump pada hari Selasa bahawa beliau sanggup untuk risikokan kerjaannya dengan melakukan goverment shutdown bagi mendapatkan dana untuk pembinaan tembok sempadan antara US-Mexico.

Indeks saham terbesar MSCI Asia-Pasifik di luar Jepun dibuka tinggi pada paras 530.27

“Para pelabur menjangkakan pasaran akan mula volatile menjelang tarikh akhir untuk Amerika menaikkan siling hutangnya sebelum akhir September depan atau perlu menanggung risiko pembayaran hutang”, kata Micheal Purves, ketua strategi antarabangsa Weeden & Co di Greenwich.

Tamba beliau, “Kenapa perlu tergesa-gesa untuk membeli setiap kejatuhan Wall Street dengan paras siling hutang yang semakin hampir?”.

Indeks MSCI dunia stabil, menghampiri kenaikan sebanyak 0.65%. Nikkei Jepun pula meningkat 0.25%, namun secara keseluruhan masih turun 0.4% minggu ini.

KOSPI Korea Selatan pula sedikit berubah, dan indeks Australia S&P/ASX 200 jatuh 0.3%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat