Saham Asia Dan Malaysia Dibuka Rendah, Kejatuhan Saham Teknologi Beri Kesan Pada Pasaran Saham Global

171

Saham Global

Index Dow Jones industrial average mencatat penutupan pada aparas tertinggi setelah Senat menyetujui untuk membenarkan perlaksanaan reformasi cukai Trump.

Indeks 30 saham naik 58,46 mata menjadi 24,2940.05, didorong oleh peningkatan saham Walt Disney dan Boeing. Namun, pasaran saham lain ditutup lemah berikutan kejatuhan yang banyak dalam sektor teknlogi menyebabkan S&P 500 dan Nasdaq composite ditutup lemah.

Pada hari ini pasaran saham Asia dibukan lemah berikutan kelemahan saham di Wallstreet.

S&P 500 ditutup jatuh 0.1% pada paras 2.639,44, disebabkan kejatuhan dalam saham teknologi informasi yang jatuh hampir 2%.

Sedangkan Nasdaq composite jatuh sebanyak 1,1% menjadi 6.775,37 kerana saham-saham Facebook, Alphabet dan Netflix semuanya berakhir lebih rendah.

Pada awal pagi indeks Nikkei 225 jatuh 0,63% ke 22.564. Indeks Hang Seng jatuh 0,18% ke 29.085. Indeks Shanghai juga jatuh 0,16% ke 3.304. ASX 200 jatuh 0,07% ke 5.981.

Pelabur memberi tumpuan dengan melabur di bank kerana dilihat lebih menguntungkan berikutan kelulusan Senat berkenaan kelulusan pemotongan cukai.

Saham Lokal

Bursa Malaysia dibuka lemah dengan aktiviti penjualan saham-saham besar.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 1.63 mata lebih rendah pada 1,711.15 berbanding 1,713.13 pada penutupan Isnin.

Saham Sime Darby Plantation dan Westports jatuh 12 sen kepada RM4.73 dan RM3.46. Walaubagaimanapun CIMB, AXIATA ,IHH Healthcare and Maxis mencatat keuntungan 2 sen setiap satu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat