Saham Asia dan Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Sesi Dagangan Asia

57

Saham Global

Bursa saham Asia pada hari ini, dibuka tinggi pada paras tertinggi sedekad lalu berikutan laporan perniagaan yang kukuh.

Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.11% kepada bacaan 173.09 pada hari Isnin/

Saham Asia meningkat didorong peningkatan saham Wall Street pada hari Jumaat. Saham teknologi mendorong peningkatan S&P 500 dan Nasdaq. Saham Amazon terus mencatat meningkatan berikutan musim cuti perayaan.

Indeks ASX 200, Australia dan Nikkei dibuka menguat pada awal sesi dagangan Asia masing mencatat peningkatan 0.35% dan 0.2%. Manakala indeks Kospi dibuka rendah iaitu jatuh sebanyak 0.4%. Penguatan matawang koeran terhadap U.S dolar menekan bursa saham Korea.

Secara purata pasaran saham global masih lagi kukuh kerana sentimen yang positif. Harga minyak kekal kukuh paras tertinggi 2 tahun lalu.

Saham Malaysia

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini didorong peningkatan pelaburan oleh pelabur disebabkan sentimen yang postif.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka dengan naik 0.51 mata kepada 1,717.75 daripada 1,717.23 pada penutupan hari Jumaat.

Indeks itu dibuka 1.14 mata lebih tinggi pada 1,718.37

Namun menurut penganalisis, pada minggu ini bursa Malaysia mungkin didagangkan rendah kerana ketidaktentuan ekonomi global, terutamanya di U.S

Pasaran global kini memberi tumpuan terhadap kenaikan kadarkadar faedah AS pada Disember dan tambahan pula diserta ketidaktentuan mengenai reformasi cukai Trump.

Walaubagaimanapun, ia tidak akan memberi kesan yang lama kerana presetasi ekonomi Malaysia yang baik dan kenaikan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat