Saham Asia Dibuka Rendah, Bursa Malaysia Semakin Kukuh Dalam Sesi Dagangan Asia

116

Saham Global

Saham Asia dibuka rendah pada permulaan minggu ini, berikutan tekanan di Wall Street susulan pembaharuan cukai yang masih belum jelas dan penyusutan euro. Selain itu, turut mendorong kejatuhan saham Asia ialah disebabkan kejatuhan saham China.

Indeks meluas MSCI saham di Asia Pasifik di luar Jepun didagangkan rendah dalam dagangan awal iaitu jatuh sebanyak 0.2%.

Saham Australia susut 0.14% manakala purata saham Nikkei susut 0.70%.

Saham China jatuh berikutan penanda ukuran undang-undang baru Beijing terhadap pengurusan aset.

Jumaat lalu, Indeks Purata Perindustrian Dow Jones susut 0.4 peratus, S&P 500 susut 0.3 peratus dan Indeks Komposit Nasdaq Composite susut 0.2 peratus.

Saham Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan data ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh pada suku ketiga minggu lalu.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.19 mata pada 1,724.85 daripada penutup Jumaat lalu iaitu 1,721.66.

Ekonomi Malaysia merekod pertumbuhan 6.2% pada suku ketiga tahun 2017 (bacaan tahunan, y/y) yang tertinggi sejak suku kedua tahun 2014. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Bank Negara Malaysia pada Jumaat

Menurut gabenor Ibrahim dengan prestasi yang terus kukuh pada suku ketiga, ekonomi Malaysia di landasan betul untuk merekodkan pertumbuhan di atas unjuran bank pusat dari 5.2% kepada 5.7% pada 2017.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat