Saham Asia Naik Menjelang Mesyuarat FOMC Minggu Ini

48

Saham Asia meningkat dan dolar mengukuh pada hari Isnin dengan pelabur akan lebih berhati-hati dalam risiko dagangan mereka dengan jangkaan Federal Reserve akan mula bergelut dengan penyata imbangan yang sangat besar, yang akan menjadi titik tolak pembalikan nilai matawang yang sangat murah ketika ini.

Pasaran lega tanpa sebarang tindakan provokasi baru oleh Korea Utara minggu lalu dan cita-cita program senjata nuklear Pyongyang ini akan menjadi perkara utama yang akan disampaikan oleh Presiden US, Donald Trump kepada ketua-ketua negara di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) esok.

Sebahagian pelabur turut menjangkakan pembentangan pelan pencukaian Trump minggu ini, disamping pilihan raya di Geman dan New Zealand yang akan menambahkan ketidaktentuan pada pasaran.

Indeks saham terbesar Asia Pasifik selain Jepun, MSCI naik 0.16%, paras tertinggi sejak tahun 2007 yang lalu.

Indeks utama Australia, AXJO juga meningkat 0.4% dan Nikkei Jepun tutup berikutan cuti umum hari ini. S&P 500 juga naik 0.15%

Perkara utama bagi pasaran minggu ini adalah mesyuarat FOMC pada hari Selasa dan Rabu dimana bakal melihatkan langkah pertama ke arah pengecilan penyata imbangan.

Kanada telah menaikkan kadar dua kali sejak beberapa bulan yang lalu dan bank pusat England (BoE) turut mengejutkan ramai pelabur minggu lepas dengan menarik perhatian pasaran tentang kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

Dalam nota penganalisis ANZ berkata, “Minggu ini adalah minggu kecairan global dengan Fed dijangka akan mengumumkan pengecilan penyata imbangan pada hari Rabu, dan BoE dilihat dalam ambang peningkatan kadar, berpotensi naik seawal bulan November nanti.”.

Hasil bon 10-tahun US naik 14 mata asas minggu lepas, namun masih ketinggalan hasil 10-tahun bon UK yang naik 30 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat