Saham Asia Pulih Daripada Kejatuhan, Saham Malaysia Naik Walaupun Dengan Sentimen Bercampur

75

Saham Global

Bursa saham Asia pulih daripada kejatuhan semalam namun dibuka mendekati paras terendah 2 bulan lalu berikutan harga minyak dan tembaga yang lemah.

Selain itu, ketidakpastian terhadap polisi US juga menyebabkan sentimen itu terus berlanjut. Saham teknologi semakin pulih selepas jualan besar-besaran.

Pelabur memberi tumpuan pada kemajuan reformasi cukai Trump apabila terdapat potensi pemerintah dapat mengugurkan undang-undang tersebut.

Indeks MSCI terbesar di Asia Pasifik, di luar Jepun, hampir tidak berubah pada awal perdagangan, dan mendekati paras terendah dua bulan lalu. Indeks Asia jatuh dari puncak tertinggi setelah merosot 4.6%.

Nikkei Jepun, N225 naik 1.2% setelah mengalami kejatuhan terbesar sejak akhir Mac. Indeks saham MSCI di seluruh dunia, mencapai paras terendah dalam dua minggu lalu, sementara indeks benchmark S&P 500 di Wall Street, jatuh empat sesi berturut-turut.

Pada indeks kospi, kenaikan terjadi pada saham-saham teknologi. Tetapi, kenaikan ini terhalang oleh kejatuhan pada sektor pembuatan dan minyak. Harga saham Samsung Electronics naik 1%. Sedangkan pengeluar baja Posco dan Hyundai Steel jatuh masing-masing 0.15% dan 0.82%.

Di bursa Australia, sektor kewangan masih menerajui pasaran. Empat saham bank, yang disebut Big Four mencatat kenaikan.

Saham Lokal

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada pagi ini walaupun prestasi bercampur-campur semalaman di Wall Street.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.73 mata, atau 0.16%, kepada 1,721.06 daripada 1,718.33 penutupan hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat