Saham Asia Stabil Selepas Kenaikan Semalam, Dolar Meningkat Sebelum Jackson Hole

33

Saham di Asia stabil selepas penutupan tinggi semalam berikutan keuntungan pada saham teknologi di Wall Street dan juga pelombongan di Eropah, sementara dolar melonjak berbanding euro dan yen menjelang pertemuan ketua-ketua bank pusat pada hari Sabtu nanti.

Pasaran kewangan tidak menentu untuk beberapa minggu yang lalu kerana ketegangan yang berlaku di semenanjung Korea, masalah dalaman White House dan kebimbangan yang meningkat terhadap keupayaan pentadbiran Trump untuk meneruskan agenda ekonominya.

Walau bagaimanapun, saham dan ekuiti masih dapat menarik minat pelabur kerana harga bon masih rendah, dan banyak syarikat yang membawa pulang keuntungan yang besar. Asia turut bersama meneruskan pelaburan di Wall Street sehingga DOW  meningkat 0.9%, S&P 500 meningkat 1% dan Nasdaq naik 1.4% selepas saham dalam teknologi meningkat.

Saham Eropah juga meningkat semalam, disokong oleh laporan diluar jangkaan perlombongan, melemahkan matawang euro.

Semalam, Indeks saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun yang meningkat ke paras tertinggi dua minggu, tutup sedikit rendah menjadikan kenaikkan secara keseluruhan kepada 0.7%.

Ric Spooner, ketua penganalisis pasaran CMC Market di Sydney mengatakan, “Saham-saham yang murah mula mendapat perhatian selepas pasaran US  jatuh menunjukkan para pelabur enggan mengurangkan pendedahan mereka dalam pasaran ekuiti berikutan hasil bon yang rendah, keuntungan yang kukuh, dan dolar yang rendah.”

Tambah beliau, ” Pada situasi dimana hasil keuntungan saham kekal mendapat perhatian dengan harga bon yang ada, para pelabur enggan bertindak pada pasaran yang ‘berisiko’ ini, melainkan jelas menunjukkan bahaya pada jangka masa pendek.”

Saham Australia (AXJO) susut 0.3% dan saham Korea Selatan KOSPI turut sama susut 0.03% selepas selepas naik 0.3% semalam. Nikkei Jepun yang dibuka tinggi pada hari ini masih kekal dengan kenaikan 0.28% berikutan dolar menguat berbanding yen semalam setakat jam 11.20 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat