Penanda aras saham global dan minyak jatuh teruk pada Selasa selepas pembuat vaksin Moderna memberi amaran kemungkinan vaksin sedia ada tidak berkesan untuk melawan varian coronavirus baharu telah menyebabkan para pelabur mencari aset selamat seperti bon kerajaan dan Yen Jepun.
Menurut ketua eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata bahawa perlu ada lebih kejelasan tentang keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap varian Omicron dalam masa kira-kira dua minggu namun mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk memulakan penghantaran vaksin yang diolah semula.
Dalam pada itu, kerugian dipercepatkan selepas pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell memberitahu Kongres bahawa inflasi yang tinggi akan berterusan sehingga pertengahan tahun depan telah menyebabkan bank pusat ‘berkemungkinan’ mempercepatkan pengurangan pembelian bon (tapering) yang diumumkan pada mesyuarat polisi terbaru menyokong ekonomi semasa pandemik.
Tolok saham MSCI seluruh dunia menurun 1.39% berikutan kemerosotan meluas di Eropah dan Asia.
Kebimbangan terhadap varian baharu tersebut boleh membawa kepada lebih banyak sekatan perjalanan yang terus menjejaskan stok perjalanan dan masa lapang yang mencatatkan kejatuhan bulanan tersebar sejak sekatan awal Covid-19 pada Mac 2020.
Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 652.22 mata atau 1.86% pada 34,483.72, S&P 500 turun 88.26 mata atau 1.90% pada 4,567.01 dan Nasdaq Composite susut 245.14 mata atau 1.55% pada 15,537.69.
Nota penanda aras 10 tahun naik 26/32 dalam harga untuk menghasilkan 1.4426% daripada 1.529% pada Isnin.
Kebimbangan Omicron menyebabkan hasil 10 tahun German Bunds yang dianggap sebagai salah satu aset paling selamat di dunia mencapai tahap terrendah dalam masa lebih seminggu pada -0.345%.
Yen Jepun yang secara tradisinya dilihat sebagai pelaburan yang selamat kerana peranannya sebagai mata wang pendanaan berada berhampiran paras tertinggi pada bulan ini.
Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh 4.52% pada $66.79 setong dan minyak Brent turn 3.91%.