Saham Global Mengukuh, Saham Malaysia Mengalami Kejatuhan Pada Hari Selasa

70

 

Saham Global

Bursa saham U.S ditutup menguat, kembali melonjak selepas berlaku kejatauhan berikutan insiden keganasan yang berlaku di New York City Times Square.

Index Dow Jones menjukkan rekod penutupan dengan peningkatan 56.87 mata kepada 24,386.03. Index S&P 500 naik 0.3% dan berakhir pada paras 2,659.99, merupakan penutupan tertinggi sepanjang masa.

Saham tenaga dan teknologi merupakan pendorong utama yang menunjukkan peningkatan tertinggi di S&P 500, naik 0.7% dan 0.8%.

Saham Asia meneruskan peningkatan bagi sesi keempat kerana sikap optimis pasaran terhadap pertumbuhan global berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh U.S.

Indeks MSCI terbesar di Asia Pasifik, di luar Jepun, naik sedikit sebanyak 0.06% setelah rally selama tiga hari berturut-turut.

Saham Australia naik 0.2% dan Nikkei berjangka NKc1 menunjuk paras yang stabil, setelah indeks mencatat penutupan tertinggi dalam 25 tahun.

Saham Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dalam dagangan terpilih berikutan peniaga kekal tidak memasuki pasaran.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,718.87, susut 0.60 mata, daripada 1,719.47 semasa ditutup semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat