Saham Global Susut Menjelang Penerbitan Laporan Pendapatan Suku Pertama

175

Pasaran saham dalam aliran penurunan ekoran kebimbangan pelabur dalam menantikan laporan suku tahunan di Amerika Syarikat (AS) dan Asia.

Niaga hadapan saham AS yang susutmencerminkan kewaspadaan para pelabur dengan impak laporan pendapatan suku pertama (Q1) yang bakal dikeluarkan.

Niaga hadapan indeks purata Dow Jones Industrial hilang 150 mata atau 0.4%, S&P 500 susut 0.5% dan Nasdaq Composite turun 0.8%.

Antara laporan suku tahunan yang menjadi tumpuan adalah laporan suku Bank of America dan beberapa syarikat teknologi.

Pelabur dilihat akan memberi perhatian kepada ulasan mengenai cara syarikat mengendalikan kos yang melonjak, terutamanya apabila indeks harga pengguna bulan Mac menyaksikan peningkatan 8.5% daripada setahun lalu.

Menurut nota Gerard MacDonell dari 22V Research, tiada sebarang kemungkinan untuk inflasi kembali sederhana dengan pantas tanpa penurunan ketara dalam pertumbuhan permintaan.

Sementara itu, penganalisis FactSet menyatakan musim pendapatan bermula baik dengan 77% syarikat-syarikat S&P 500 melaporkan pendapatan sesaham melepasi jangkaan.

Tambahnya lagi, mereka menjangka pendapatan Q1 akan melonjak 5% bagi suku ini apabila semua syarikat S&P 500 selesai membuat laporan, yang mana setakat ini hanya 77% daripada syarikat sudah mengeluarkan laporan mereka.

Sementara itu, saham Asia menyusut apabila pelabur menantikan data ekonomi China termasuk laporan keluaran dalam negara kasar (GDP) bagi Q1 negara tembok besar itu.

Nikkei 225 Jepun jatuh 1.24% dan Kospi Korea Selatan susut 0.5%, sementara indeks meluas MSCI Asia Pasifik luar Jepun didagangkan lemah 0.24%.

Pada berita berasingan, pelabur dilihat mencari saham berbentuk defensif, saham yang cenderung menawarkan dividen yang kukuh, ekoran kebimbangan geopolitik dan usaha Federal Reserve (Fed) dalam membendung inflasi yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Setakat April, sektor penjagaan kesihatan, utiliti, keperluan pengguna dan hartanah telah mencatat keuntungan disebalik pasaran meluas yang jatuh.

Ia secara tidak langsung menjadi daya penarik kepada pelabur yang bimbang akan tindakan agresif Fed dalam melaksanakan pengetatan dasar bagi memerangi lonjakan harga pengguna.

Terang DataTrek Research, sektor-sektor tersebut telah mengatasi S&P 500 sebanyak 15-20% semasa tempoh ketidaktentuan ekonomi sepanjang 20 tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat