Saham Hyundai, Kia Susut Teruk! Rancangan Kereta Apple Tak Jadi Ke?

339

Cukup sebulan selepas dilaporkan potensi kolaborasi bersama Apple dalam penghasilan kereta elektrik, pengeluar kenderaan Korea Selatan, Hyundai Motor dan Kia Motor mengumumkan mereka tidak lagi dalam perbincangan usaha tersebut.

Susulan daripada itu, saham Hyundai susut 6.2%, menyaksikan kerugian sebanyak $3 bilion manakala saham Kia susut sebanyak 15%, membawa kerugian sekitar $5.5 bilion.

Dalam satu pemberitahuan, Hyundai Motor telah menerima banyak permintaan daripada beberapa firma untuk bekerjasama dalam pembuatan kereta elektrik. Bagaimanapun, sehingga sekarang masih lagi tiada kata putus memandangkan baru di fasa awal.

Pada bulan lepas, Hyundai memaklumkan mereka sedang di fasa awal perbincangan bersama Apple berkenaan penghasilan kereta elektrik sehingga membawa lonjakan saham bagi kedua-dua firma tersebut pada hari yang sama.

Dan pada bulan ini pula, CNBC melaporkan Apple sudah hampir merumuskan perjanjian bersama Hyundai-Kia untuk mengeluarkan kereta elektrik dengan lokasi pemasangan yang dipilih adalah di West Point, Georgia.

Sebaliknya berlaku apabila kedua-dua pihak itu rupa-rupanya gagal mencapai kata sepakat dan Apple dikatakan mahu bekerjasama dengan pengeluar kenderaan yang lain selain Hyundai.

Menurut ketua cawangan Daiwa Capital Markets, Sung Yop Chung, boleh jadi timbul konflik di antara mereka di mana Hyundai-Kia tidak mahu hanya menjadi subkrontrator Apple, di mana mereka mengharapkan juga keuntungan daripada kekuatan Apple dalam perisian.

Jelasnya lagi, situasi terburuk bagi saham Kia mungkin akan diperbetulkan sehingga 31%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat