Saham IHH Healthcare Melonjak Gah Pada Sesi Dagangan Hari Ini

261

Harga saham IHH Healthcare Bhd menokok 30 sen atau 4.69% ke paras tertinggi RM6.70 pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia hari ini.

Pada 4.26 petang, harga saham kaunter itu kekal melonjak sekitar 3.59% kepada RM6.63 dengan permodalan pasaran bernilai RM58.47 bilion.

Susulan itu saham IHH Healthcare telah tersenarai di tangga ke-5 sebagai kaunter yang paling banyak diperdagangkan di bursa tempatan hari ini.

Ia juga mengatakan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melupuskan 1.99 juta saham dan telah menerima 350,000 saham lagi dalam syarikat itu pada 3 September.

Setakat ini, KWSP mempunyai kepentingan langsung sebanyak 8.85% dalam IHH Healthcare.

IHH Healthcare melaporkan bahawa ia mencatatkan keuntungan bersih RM483.31 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2021 daripada kerugian bersih RM120.64 juta.

Faktor itu susulan sokongan pendapatan yang lebih kukuh sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA).

Manakala pendapatan suku tahunan meningkat 66.47% kepada RM4.27 bilion berbanding RM2.56 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat