Saham Ini Pendorong KLCI Dibuka Tinggi Hari Ini

329

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menaik 4.18 mata pada 1,526.87 daripada penutupan Isnin pada 1,526.87.

Ia dibuka tinggi ekoran minat pembelian dalam saham perbankan.

Indeks dibuka 0.38 mata pada 1,527.25.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 187 berbanding 166, manakala 263 kaunter pula tidak berubah, 1,720 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Jumlah perolehan pada 179.7 juta unit bernilai RM102.8 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan menjejaki prestasi negatif semalaman pasaran Wall Street ia dijangkakan tekanan penjualan akan melimpah ke pasaran tempatan terutamanya dalam saham teknologi.

Tambahnya lagi, mereka mendapati dana asing telah menjual ekuiti tempatan sejak 2 hari dagangan lalu dan mungkin melemahkan lagi sentimen.

Harga minyak sawit mentah (MSM) kekal pada tahap tinggi pada RM4,900 manakala harga minyak mentah berada pada paras AS$78 kira-kira RM326.69 setong.

Selain itu, pelabur boleh memberi tumpuan pada kaunter berkaitan pembayaran dan e-dagang semasa pembukaan semula aktiviti perniagaan yang mana mungkin memberi manfaat kepada saham perbankan.

Saham perbankan, Public Bank bertambah 2 sen pada RM4.09 dan CIMB Group Holdings Bhd bertokok 3 sen pada RM5.19.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) meningkat 1 sen pada RM8.16, Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) menaik 2 sen pada RM8.32 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bertambah 4 sen pada RM9.54 sementara IHH Healthcare kekal pada RM6.62 dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd menyusut 2 sen pada RM5.72.

Saham aktif memperlihatkan Iconic Worldwide Bhd dan JAG Bhd naik 38.5 sen dan 39 sen masing-masing, Malaysian Bulk Carriers Bhd tambah 1.5 sen pada 61.5 sen, YBS International Bhd menokok 3 sen pada 61 sen dan Kejuruteraan Asastera Bhd mencanak 0.5 sen pada 34.5 sen sementara Tanco Holdings Bhd kekal 27 sen dan NWP Holdings Bhd susut 1.5 sen pada 34 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 22.84 mata ke 11,268.10, indeks FBMT 100 menaik 23.54 mata ke 10,920.02, indeks FBM Emas Shariah bertambah 17.44 mata pada 12,229.21 dan FBM ACE menyusut 4.72 mata pada 6,788.85 manakala FBM 70 menokok 7.26 mata pada 14,758.50.

Indeks Industrial Products and Services susut 0.20 mata pada 200.31, indeks Perladangan naik 24.64 mata pada 6,710.07 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 34.69 mata pada 15,316.68.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat