Saham Maxis Merosot Ke Paras Terendah Baru Pada RM3.40 Hari Ini

548

‘Pengguna Maxis okay ke tu? Tiada angin, tiada ribut tahu-tahu jatuh.

Saham Maxis Bhd merosot ke paras terendah sepanjang masanya pada RM3.40 ketika sesi dagangan Bursa Malaysia hari ini (10 Jun).

Pada jam 12 tengah hari tadi, sahamnya menjunam 1 sen atau 0.29% pada RM3.40 berbanding pembukaan pada RM3.45.

Mencecah paras harga RM3.40 tersebut, permodalan pasarannya juga menyusut kepada RM26.69 bilion.

Setakat tahun ini, saham Maxis difahamkan sudah alami kejatuhan sebanyak 29.31%.

Buat masa ini, masih belum dikenalpasti punca utama kepada kejatuhan mengejut saham syarikat telekomunikasi tersebut.

Menyingkap prestasi kewangan syarikat, keuntungan bersih suku pertama yang berakhir 31 Mac 2022 (1QFY22) menurun pada RM298 juta berbanding catatan RM334 juta tahun lalu.

Namun, hasil bagi suku tahunannya pula meningkat 7.4% pada RM2.41 bilion daripada RM2.24 bilion yang didorong oleh peningkatan pada hasil perkhidmatannya sebanyak 3% pada RM2.03 bilion.

Peningkatan tersebut telah disumbangkan oleh teras utama perniagaan Maxis termasuk pas pascabayar, sambungan jalur lebar dan perniagaan perusahaannya.

Dalam pada itu, Maxis Bhd bersama Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunications dan U Mobile telah perolehi pegangan majoriti dalam agensi 5G milik kerajaan iaitu Digital Nasional Bhd (DNB) bulan lalu.

Ia secara tidak langsung bertentangan dengan cadangan kerajaan yang hanya mahukan pemilikan minoriti sahaja buat mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat